Patah Seribu

Sunday, April 24, 2011

Couple Itu Haram?

Benarkah couple itu haram? Ataupun orang yang keluarkan fatwa tu x paham apa itu couple? Apatah lagi mengatakan yang kapel itu haram kerana mendekatkan diri pada zina? itu hanya dikatakan oleh orang agama yang cetek pengetahuannya. Kenapa? Mereka tak faham makna kapel yang sebenar. Berkapel tak semestinya menghampiri zina. Nak kira hampiri zina pakai seksi seksi tu yg hampiri zina. Berdua duaan di tempat yg sunyi dan gelap, itu pun menghampiri zina. Ya benar, matlamat tidak menghalalkan cara jika ia menggunakan cara kejahatan untuk membuat baik. Tapi kalau matlamat itu dh ke arah kebaikan dan cara itu pulak untuk dapat pahala, rasanya x sesuai ayat itu digunakan.

Couple atau kapel bermaksud lelaki dan perempuan menjadi kekasih, tak kisahlah lelaki seorang perempuan lebih dari 1 atau perempuan seorang, lelaki lebih dari 1. Zaman dulu, zaman nenek moyang kita nak kata macam tu bolehlah sebab masa tu, internet tak brape berkembang dan masa tu tak ada laman sosial jadi perhubungan anak muda terbatas. Skarang zaman sains and teknologi jadi laman sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter menjadi kegilaan remaja jadi ada kemungkinan remaja remaja itu mempunyai kekasih yang berbeza negeri atau negara. Jadi kecuali mereka merantau ke negeri atau negara kekasih mereka atau kekasih mereka datang ke sini, penzinaan tidak mungkin berlaku secara fizikal.

Okey, sekarang dia dh kenal apa itu kapel, sekarang ni kita kenal hukum hakam kapel. Islam adalah kesederhanaan antara keanjalan dan ketegaran. Yang ketegaran itu dh bagi, zina itu haram, keanjalan pun dh bagi. Jangan terlalu taksub dengan agama sehingga kita menjadi bodoh kerana agama. Hukum bercouple terbahagi pada 5;

Wajib – Orang yang dah berkahwin dan bertunang. Ingat sabda Rasulullah "Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya" (iluvislam). Ingat couple tu hanya untuk orang yang belum kahwin, belum tunang? Couple pun boleh untuk yg dah tunang atau dh kahwin. Malah diorang ada lessen penuh untuk bercouple manakala yg bertunang tu hanya lessen separuh lesen untuk bercouple. Yg hanya ada ikatan cinta ni baru suku.

Harus – Orang yang bercouple kerana Allah. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216) kisah puteri nabi Muhammad saw- Fatimah sebelum menikah dia sgt menyukai Saidina Ali smpai la satu hari setelah mereka menikah fatimah memberitahu saidina Ali, sebelum menikah dia ada menyukai seorang lelaki masa tu Ali sgt cemburu, kemudian Fatimah menjelaskan orang yang dia sukai itu adalah Saidina Ali..kat sini mungkin kite as a perempuan boleh mencontohi..terutamanya dlm nk menjaga perasaan hingga lah tiba waktunya., percayalah dgn janji Allah. perasaan menyukai tu memg fitrah manusia ukhti..cuma kita sendiri yg perlu mengawalnya..& always ingat ni surah 24: ayat 31.. Lagipun nak couple cara ni paling mudah dan free. Sebab couple jenis ni 80-90% di masjid/surau, temujanji mereka lebih kepada mengaji Al Quran, bersolat, berzikir dan bertasbih. Date jenis ni lagi ramai lagi bagus sebab masing masing saling nasihat menasihati dan kalau ada masalah atau yang tidak faham, imam akan membantu.

Sunat – Orang yang bercouple kerana mahu mengenali pasangan dan keluarganya. “Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk makhluk semuanya berpasangan; samada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau dari apa yang mereka tidak ketahui” (Surah Yasin ayat 36). Islam telah member garis panduan dalam memilih kekasih yang bakal menjadi suami/isteri dan telah menganjurkan supaya memilih pasangan yang mempunyai sifat ruhaniah dan jasmaniah yang baik. Lelaki yang mahu cari awek yang baik dari segi Kecantikan, Harta, Keturunan dan Agama. Kalau dapat keempat empat tu kira bonus yang terhebat yang Allah bagi. Dari segi akhlak, awek yang penyabar, rajin beribadah, cergas dan kreatif, halus budi pekerti serta menjaga kehormatan. Perempuan yang mahu cari pakwe yang baik, carilah yang kuat beribadat, jujur, pemaaf, penyayang, menjaga darjat diri serta tidak melakukan maksiat dan kalau boleh rajin serta berpengalaman luas.

Makruh – Orang yang bercouple namun melanggar batas susila sehingga melakukan dosa dosa kecil serta mengabaikan sesuatu yang penting. Dengar lagu Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan & Ana Raffali & Altimet. Kalau kapel tapi bukan setakat pegang pegang tangan lagi dh, sampai bercium, meraba, tu kapel bangang tu. Kalau mak bapak Nampak, mau kene tembak dgn senapang gajah.

Haram – Orang yang bercouple namun suka berzina serta couple songsang. “'wanita wanita yg keji untk laki2 yg keji,wanita2 yg baik untk laki2 yg baik”' (surah an-nur ayt 26) Sabda Rasulullah "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad). Yang couple songsang tu, cuba ingat balik kenapa Allah mengazabkan kaun Nabi Luth a.s.? Ataupun korang ni mmg pengikut syaitan yg sah sehingga apa yang dilaknati Allah pun korang buat?

Persoalannya, couple couple gak tapi siapa sebenarnya yang patut kita cinta? Cinta adalah sebahagian dari fitrah manusia, seperti tidur, makan dan minum. Setiap insan dilahirkan berbeza - unik. Maka melahirkan keperluan yg berbeza juga pada kehendak untuk memenuhi fitrah mereka. Solat mengajar kita untuk mendidik pengurusan waktu dan tidur. Puasa untuk mendidik tabiaat makan dan minum, juga mengelakkan pembaziran. Sabar, tabah dan malu mengajar kita untuk menjaga cinta sesama insan, dengan harapan kita dapat memahami cinta yg sejati - cinta kepada Allah. Mmg perasaan cinta tu allah jadikan sejak adam kesunyian sorang2 di syurga. Lalu allah ciptakan hawa...Tapi awas..jgn dibelengu rase cinta tanpa merujuk kepada kitab Allah dan sunnah rasulullah.

Kesimpulannya, couple tu tak salah. Biarlah kekasih kita adalah orang yang ketiga yang kita cintai selain Allah dan Rasul. Kalau masih x puas hati dan mahu menegaskan yg kapel tu haram, sy cabar pembuat fatwa ini cari satu ayat dalam Al Quran yang mempunyai Firman Allah S.W.T. yang mengharamkan couple ataupun Sabda Rasulullah yang mengharamkan couple. Yang terang terang cakap Couple itu haram seperti berkata Zina itu haram.

No comments:

Post a Comment