Patah Seribu

Thursday, October 19, 2017

MALU JADI MELAYU

MALU JADI MELAYU

INTRODUCTION

Asal-usul atau maksud perkataan ‘Melayu’ kononnya berasal dari perkataan Sanskrit, ‘Malaya’ yang bermaksud ‘gunung’ atau ‘bukit-bukau’. Namun ini adalah ganjil apabila bertentangan dengan kehidupan purba orang Melayu sebagai pelaut dan pengembara maritim. Sebenarnya, perkataan ‘Melayu’ berakar umbi dari linguistik bahasa-bahasa Austronesia yang membawa konsep, ‘bebas‘. (http://historianlodge.historiansecret.com/?p=1181)  Jelasnya, Melayu bererti sanggup menyeberang dan mengembara walaupun terpaksa menempuh cabaran getir demi kehidupan yang lebih baik. Melayu juga bererti sentiasa berusaha untuk mencari suatu tempat yang makmur dan aman atau ‘sejuk’ untuk diwarisi. Melayu juga bererti  keturunan berbangsa lagi terhormat. Oleh itu, Melayu mesti berlari deras jika mahu berjaya dan tidak ketinggalan.(http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/oh-bahasaku/mencari-erti-melayu-1.442966)

Hang Tuah pernah berkata "Takkan Melayu hilang di dunia"
Tun Dr. Mahathir pula kata "MELAYU Mudah Lupa."
 PATUTLAH kita tidak maju, orang Melayu, makin layu.”

Tak dapat dinafikan ia adalah benar sebab Melayu ada di mana mana tapi MELAYU mudah lupa diri dan asal usulnya. Lagi satu pula, MELAYU mudah obses dan terlalu menyanjung seseorang sehingga tak nampak atau pura pura tak nampak kesalahan yang orang yang disanjung tu buat. Apakah yang menyebabkan golongan MELAYU bertindak sebergitu rupa?

CONTENT
Saya sengaja capslock untuk membezakan jenis manusia dalam bangsa. Saya tahu setiap bangsa ada yang bagus, ada yang teruk. Saya memilih untuk capslock yang terus supaya dapat membezakan antara duanya. Sebab manusia mudah mengeneralisasikan perkara.

MELAYU atau bangsa 'gelap' melayu adalah kaum melayu yang terhakis sifat kemelayuannya. Boleh dikatakan yang MELAYU ni akan buat segalanya yang bertentangan dengan budaya positif melayu dan memartabatkan budaya negatif melayu. MELAYU hanya wujud disekitar awal Abad ke 21 apabila teknologi menjadi penggunaan harian dan benda wajib dalam kehidupan. Golongan MELAYU akan mudah terpengaruh dengan dakyah agama lain dan mula mempersoalkan, menghina dan mengedit agama Islam mengikut suka hati mereka.

Sebagai contoh, budaya negatif melayu adalah mengumpat. MELAYU akan memartabatkan mengumpat dan menjadikan topik umpatan itu viral supaya mudah dikecam, dimaki hamun dan di bash oleh golongan2 MELAYU yang lain. Walhal Islam ajar supaya menyimpan aib. Baginda Nabi siap keluarkan hadisnya lagi

"Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ فِي الدُّنْيَا يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

“Barangsiapa yang meringankan (menghilangkan) kesulitan seorang muslim kesulitan-kesulitan duniawi, maka Allah akan meringankan (menghilangkan) baginya kesulitan di akhirat kelak. Barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan di dunia, maka Allah akan memudahkan baginya kemudahan (urusan) di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selalu ia menolong saudaranya.” [HR. Tirmidzi]
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak.” [Shahih Muslim] (https://www.hidayatullah.com/kajian/hadits-harian/read/2016/02/06/88866/siapa-menutupi-orang-orang-allah-tutupi-aibnya-di-akhirat.html)

MELAYU pula terlalu obses dan menyanjungi seseorang hingga mereka buta atau sengaja membutakan mata bola orang yang disanjungnya itu membuat maksiat. Siap marah dan ugut nak pukul/bunuh lagi kat sesiapa yang menegur maksiat yang dilakukan oleh orang yang disanjung mereka itu. Baik orang yang disanjung tu ahli politik, sultan, ulama' dan ularmak. Mereka sanggup menyembah manusia dari menyembah Tuhan. Seakan akan diorang mengharapkan orang yang disanjung tu akan bagi syafaat kepada mereka di akhirat kelak. Seakan akan mengharapkan orang yang disanjung tu menyelamatkan mereka dari neraka. Hadis baginda Nabi S.A.W.:

"لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق." - (رواه أحمد)
"Tidak ada ketaatan kepada sesama makhluk dalam melakukan kemaksiatan (penderhakaan) kepada Kholiq (Allah)." - HR Ahmad


MELAYU lebih suka guna kekerasan dari perbincangan. Bak dalam Bahasa Inggeris "Only brawn but no brain" MELAYU jantan suka menyerang dan membelasah orang. Kita boleh lihat dari perhimpunan BERSIH yang dianjurkan oleh parti DAP komunis di mana MELAYU yang berbaju merah terus menyerang tanpa perbincangan dan tanpa perundingan. Walhal Tunku Abdul Rahman berjaya mendapat kemerdekaan Tanam Melayu melalui perundingan.

MELAYU juga mempunyai agama Islam mereka sendiri iaitu Islam MELAYU dan Islam Liberal yang kedua duanya bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi. Sesiapa yang tidak ikut ajaran mereka akan dilabel Syiah. Boleh lihat apa yang berlaku pada Dr. Zamihan dan Dr MAZA di mana mereka berdua telah dilabelkan sebagai Syiah oleh puak2 MELAYU kerana mengikut ajaran Islam para Nabi bukan Islam MELAYU dan Islam Liberal. Dalam Surah Al Imran ayat 24;

"Hal itu adalah karena mereka mengaku: "Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang dapat dihitung". Mereka diperdayakan dalam agama mereka oleh apa yang selalu mereka ada-adakan. "

Dalam Surah yang sama ayat 85;

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Oleh itu, kita biarkan je mereka dengan agama mereka dan hanya mampu bermohon supaya Allah S.W.T. memberi hidayah kepada mereka. Jika MELAYU masih meroyan dan nak berdebat, bagi je Surah Al Kafirun ayat ke 6

"Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".  "

CONCLUSION
Ada banyak lagi sifat sifat MELAYU seperti mudah triggered, tak faham komen walaupun ia ditulis dalam Bahasa Melayu dan sebagainya. MELAYU bukannya tak pandai dari segi akademik tapi mereka tidak berkeupayaan untuk berfikir, menganalisa dan menilai. Akhir kata, jika MELAYU rasa mereka boleh masuk syurga dengan bantuan orang yang mereka obses, terpulanglah. Kalau MELAYU yang baca blog ni pastu butthurt teruk pun aku tak hairan. Kalau melayu yang baca, harap anda mampu berfikir, menganalisa dan menilai sesuatu perkara yang sebaiknya sebab Melayu memang pandai tapi mudah alpa

P.S.: Bangsa lain nak baca pun boleh tapi setakat untuk mencari maklumat.