Patah Seribu

Friday, June 21, 2013

Bilala Aku Nak Kahwin???

Bila tengok gambar childhood/best friend aku bersanding, aku sering terfikir, bersediakah aku? Maklumlah kahwin mana boleh dibuat main main. Walaupun ia bermaksud aku akan bersama gadis pilihan aku (pilihan 'ibupapa' aku memang aku reject) seumur hidup aku. Jadi memang susah nak cari seorang anak dara yang bukan sahaja terima aku seadanya tapi tidak membebankan fikiran aku dan membuat aku lagi bertambah tension.

Awek aku silih berganti (bukan bermakna aku ni playboy) malah awek yang aku suka dalam diam pun ada gak. Tapi aku ni kuat pendam dan malu nak luahkan, jadi apa pun tak berubah. Lagipun selepas Azhar Idrus keluar fatwa sesat yang mengatakan Couple it Haram(maklumlah, diakan pengasas Mazhab Azhar Idrus serta Kaum Nabi Luth (geng geng Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual)), dah makin susah nak dapat awek sebab diorang terpedaya dengan ajaran sesat mamat tu.

Lagi satu, Hantaran dan Mas Kahwin. Hantaran zaman sekarang bukan cam hantaran zaman dulu dulu. Kalau dapat awek yang mak bapak die ikut ajaran Islam dan Sunnah Nabi, alhamdulillah. Kene dapat awek yang ibu bapa letak hantaran cam nak jual anak, masalah gak. Mas Kahwin lak setiap negeri berbeza. Kalau kahwin kat Selangor mmg rugi sbb Mas Kahwin RM 300. Diorang tak faham kot maksud sabda Rasululllah yang mengatakan lagi rendah Mas Kahwin, lagi berkat perkahwinan itu.

Tapi ia semuanya terpulang pada jodoh yang ditentukan oleh Allah. Yang mana Allah percepatkan jodoh tu, Alhamdulillah. Yang mana Allah lambatkan jodoh tu, sabar ajela. Nampaknya aku kene terus bersabar sehingga Allah tahu bila aku dah benar benar bersedia untuk mendirikan rumahtangga dan dengan siapa aku bakal mendirikan rumahtangga (harap2 bukan yang 'ibu bapa' aku pilih)

Wokay, di sini saja coretan aku kali ni. Insya Allah panjang umo, kita jumpa lagi