Patah Seribu

Friday, October 26, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA


AKU TERIMA NIKAHNYA

Kahwin? Siapa yang tidak mahu berkahwin? Setiap manusia ingin berkahwin walaupun dengan niat atau sebab yang berbeza.  Namun bergitu, masalah yang dihadapi dalam perkahwinan ialah tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh pasangan. 

Lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’ bermakna lelaki menerima tugasnya menjaga dan membimbing wanita, mengambil alih tugas bapa perempuan itu.  Maknanya lelaki itu tanggung segala dosa wanita yang bakal di nikahinya. Jika wanita yang dinikahinya itu kurang dosa serta mempunyai didikan agama yang baik, Alhamdulillah, kurang beban. Jikda wanita yang dinikahi itu sebaliknya, masak jugakla

Persediaan untuk mencapai lafaz itu amat banyak dan memerlukan kos. Lelaki perlu mencari calon isteri dan perempuan perlu mencari calon suami. Ciri ciri calon lelaki dan ciri ciri calon perempuan telah diberitahu dan diterangkan oleh Islam. Agama iaitu yang paling penting, Harta punca pencarian, Rupa fizikal manusia dan keturunan atau nasab.

Selain itu, keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan perlu mencapai kata sepakat dalam menentukan jumlah hantaran yang dapat diusahakan oleh pihak lelaki dan perempuan. Trend ibu bapa zaman sekarang menetapkan hantaran yang tinggi sehingga membebankan lelaki yang menyebabkan dia mencari jalan lain seperti berkahwin di negara jiran atau membatalkan hasrat untuk berkahwin dan terus melakukan maksiat.

Persediaan yang terakhir adalah menghadiri kursus perkahwinan. Di situ, bakal pengantin akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan sebagai persediaan menempuh alam perkahwinan. Dari situ, mereka diberitahu tentang tanggungjawab serta hak masing masing

Selepas semua persediaan dilakukan, rukun nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali iaitu bapa kepada pengantin perempuan, tok kadi atau jurunikah, Ijab dan Kabul. Mas kahwin ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri namun Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “perkahwinan yang barakah adalah yang mempunyai mas kahwin yang rendah”.

Nikah mempunyai pelbagai jenis namun nikah yang sering dan kerap digunakan ialah nikah biasa, di mana lelaki dan perempuan bernikah. Nikah nikah lain seperti nikah khitbah menjadi asing dan tidak diterokai padahal kebanyakan nikah nikah itu mudah dan sesuai dengan keadaan masa kini di mana pemuda dan pemudi yang ingin berkahwin namun tidak mempunyai harta sepencarian dan berlandaskan nafsu semata mata.

Salah satu perkara yang mempengaruhi nikah adalah adat melayu yang kebanyakannya menyusahkan. Sebagai contoh, adat melayu perlu ada persandingan, bunyi kompang padahal dalam Islam hanya ada akad dan walimatul urus.

Kesimpulannya, nikah secara Islam tidak menyusahkan kerana Allah amat menyukai perkahwinan dan membenci penceraian tetapi yang membuat ia menyusahkan adalah penganutnya sendiri, terutama sekali orang yang berpangkat ‘ustaz’ dan kononnya mengaku pandai agama.