Patah Seribu

Wednesday, May 4, 2011

Filem DARA

Idea asal cite nie mengisahkan kisah persahabatan 4 anak dara sunti menghadapi mistik asrama sekolah. Dari situ aku nak explore persahabatan mereka, bagaimana tertubuhnya nama DARA. Namun nak ingat balik persahabatan kitorang masa kecil dulu, tu yang susah.

Cite seram banyak sangat aku tengok, ada yang aku pernah rasa pengalamannya. Jadi nak buat cite hantu mmg mudah tapi aku still perlukan keadaan sekolah itu untuk membayangkannya.

Yang susah nak fikir adalah konflik. Cite hantu lebih pd kemunculan hantu dan kaitannya dengan jenayah atau ilmu hitam. Penunggu Istana pun, ia datang akibat mereka memanggilnya. Jadi, aku ingat nak buat yang hantu itu wujud di asrama kerana ingin melindungi sesuatu dan tidak mahu manusia mengambil sesuatu yang miliknya.

Climaks biar 4 gadis sunti tu bertemu dengan hantu itu dan mengetahui sebab hantu itu menakutkan murid murid dan dengan bantuan rakan rakannya mereka memindahkan sesuatu itu ke tempat lain

Ending, mereka bertemu dengan murid yang mukanya hampir serupa dengan hantu yang menjaga sesuatu itu

Itu baru draf cite. Kene fikir jugak banyak benda. Pening pening

DEMAM JB

Aduyai, aku dah kena demam JB sejak aku tengok Cite Never Say Never tapi syukurla demam tu x kuat sbb antibodi masih kuat lagi. Jadi hanya dengar lagu lagu jer, x seperti peminat fanatik yg lain.

Mula mula aku hanya layan Baby jer, itupun lepas tengok adik Dayana IK2 nyanyi. Kemudian, bile dh hampir hafal lagu tu, lepas tengok cite Never Say Never baru aku start minat yg lain cam Somebody To Love, One Less Lonely Girl, Never Say Never dan lagu yang betul2 buat aku sedih, That's Should Be Me.

Ntahla, lagu tu mengingatkan aku pada kisah cinta aku yang sering menemui kegagalan. Mungkin nasib bercinta aku ditakdirkan teruk bergini.

Tuesday, May 3, 2011

GELORA PERASAAN DI HATI

Aduyai, macam macam perasaan bergelora dalam hati.Marah, benci, bengang, panas dan sebagainya. Kali ni, aku dah tahu siapa sahabat aku yang sebenar, siapa berlakon sebagai kawan aku dan siapa musuh aku. Baru aku tahu nampak jer alim tapi lebih kurang je perangai. Aku ingat baik jugak dia tapi tak sangka dia ni jenis 'Kuman di hujung sana nampak, gajah di depan mata tak nampak'. Bengang betul. Patutlah kengkawan sekelas die x berape rapat.

Hampa sebab aku risau orang yang aku cintai nanti terjatuh ke tangan lain. Aku benar benar sayangkan dia tapi kalau tiba tiba dia berubah fikiran, berubah hati, alamat heart break lagi la. Dah terlalu kerap sangat aku kecewa.

Ntahlah, elok ke aku sambung per'sahabat'an aku dengan orang camtu atau elok aku belah jer, x payah layan orang camtu, buat sakit hati jer. Karang tak pasal pasal bergaduh teruk pulak.

Sunday, May 1, 2011

Sebuah idea persahabatan

Melihat 4 dara sunti menubuhkan kumpulan persahabatan mengingatkan aku pada kisah 1994. Masa tu kami berlima mempunyai persahabatan yang kuat. Gaduh dalam sahabat tu biasalah tapi tidak sampai memutuskan persahabatan. Susah senang kami lalui bersama malah kami mengenali sesama kami bair dari segi luaran mahupun dalaman. Itu sebab bila ada yang dilanda masalah, senang kami tahu melalui gerak gerinya.

1994 meninggalkan kenangan suka duka terhadap aku. Tahun UPSR tapi aku still dengan awek aku, Najwa. Namun bergitu, studygroup masih ada, masih aku ikut. Seronok jugak masa tu; Firdaus, Redzuan, Nazri dan awek aku, Najwa dalam group study tu. Kami namakan group kami, 5 Sekawan

Kitorang pernah gaduh teruk masa kemasukan Yazid dan Salwa. Namun ada seorang cikgu, dia dengar kitorang bertengkar dan terus kami disuruh memasuki bilik darjah dan akhirnya diberi pengajaran serta dipaksa tulis dan hafal 50 peraturan dalam persahabatan. Skarang ntah buku tu kat mana. Aku pulak dapat ingat 10 dari 50 peraturan. Hehehehehehehe. Last last Salwa dan Yazid masuk tapi kami kekalkan nama 5 Sekawan

Persahabatan kitorang ni bermula masa tadika lagi dan tak pasti nnk kata berakhir ke tak sebab lepas UPSR, lepas habis darjah 6, kitorang cam terpisah dan terus tak berhubung sampai sekarang. Rindu betul aku kat diorang.

Kalau mereka baca blog ni, harap hubungi aku ye. Yang gadis gadis sunti tu, pelbagai halangan akan ditempuhi sepanjang persahabatan namun yang penting korang tabah dan kenal sahabat korang itu luar dalam. Yang penting terima kelebihan dan kelemahan sahabat korang seadaanya seperti mana sahabat korang terima kelebihan dan kelemahan korang seadaanya