Patah Seribu

Sunday, December 8, 2013

USRAH BAB PENGENALAN


Taarif
Kalimah arab bermaksud keluarga. Mengikut istilah, sekumpulan individu yang beriman dalam agama Islam, berusaha & tolong menolong di antara satu sama lain untuk menghayati Islam berdasarkan perintah Allah S.W.T. 

Dalam Firman Allah di surah Al Maaidah ayat ke 2 yang bermaksud “Dan hendaklah kamu bertolong tolong untuk membuat kebajikan & bertaqwa & janganlah kamu bertolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”

Kesimpulannya, agama Islam memandang berat semata mata ikatan persaudaraan bukan sahaja dalam konteks hubungan kekeluargaan bahkan ia meluas kepada hubungan yang berdasarkan ikatan keimanan.

Dalam firman Allah di surah al Hujuraat ayat ke 10 yang bermaksud “Sesungguhnya orang orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara 2 saudara kamu (yang bertelingkah) itu, & bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

SEJARAH
Pembentukan Usrah Zaman Rasulullah
Pembentukan usrah pertama dilakukan di Dar Al Aqram. Di situ, Rasulullah mengajar mereka setiap ayat Al Quran yang baru diturunkan. Kemudian dihafal serta diberi huraian yang jelas supaya para sahabat faham maksud sesuatu ayat yang diturunkan & memudahkan mereka serta umat Islam mempraktikkan dalam ibadat & kehidupan seharian
Dalam dakwah, baginda menekankan di dalam diri umat Islam ruh ubudiyyah bagi menjadikan umatnya hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Selain itu, baginda juga menanamkan roh optimis yang menjadikan umatnya tidak putus asa dalam melaksanakan tugas tugasnya demi menegakkankalimah Allah. Baginda juga menanam roh jiwa bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawabkan, sanggup menerima risiko dalam perjuangan & tidak mudah putus asa dalam menyebarkan dakwah Allah. Proses pembinaan sifat sifat luhur seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya turun ditekankan oleh baginda.
Firman Allah dalam surah al Qalam ayat ke 3 hingga ke 4 yang bermaksud “Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala pahala yang amat besar yang tidak putus putus (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam). Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang soleh dan cemerlang sangat mulia”

Perkembangan Usrah Pada Peringkat dakwah Ikhwan Muslimin
Perkataan Usrah mula diperkenalkan untuk pertama kali oleh Hasan al-Banna. Sejarah Ikhwan al-Muslimin telah bejaya pada peringkat awal di Masjidil Haram, bermula dengan kelompok kecil kepada kelompok besar. Beliau merasakan tarbiyah dalam kelompok kecil lebih berkesan kerana Naqib/Naqibah dapat mengenal & memahami ahli ahli yang dipimpinnya. Namun bergitu, ia tertakluk kepada sejauhmana kemampuan naqib/naqibah tersebut dalam menguruskan perjalanan tarbiyah usrahnya. Lama kelamaan pergerakan ini disebarkan oleh pelajar pelajar yang cuba menonjolkan ajaran Islam berasaskan Tauhid & ukhwwah Islamiyah serta kasih saying

MATLAMAT

Umum
-          Melahirkan keperibadian masyarakat & mahasiswa agar mempunyai sahsiah & peribadi yang soleh & cemerlang
-          Mempunyai kemahiran serta keterampilan yang tinggi & baik bagi menggerakkan daulah Islamiyah & menegakkan syariat Allah di muka bumi

Khas

-          Membina generasi pelajar & masyarakat supaya dapat menggerakkan Islam sebagai Al-Din Wa al-Daulah (menegakkan agama Islam dalam kehidupan. Melaksanakan kehidupan harian berlandaskan syariat Islamiyah melalui Al Quran & As Sunnah), menghayati dalam kehidupan, diri, keluarga dan masyarakat.

-          Membina generasi pelajar & masyarakat berani menegakkan akhlak Islamiyah dalam diri & sensitive segala perkara yang berkaitan dengan Islam. Setiap masyarakat & pelajar berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan akhlak yang mulia seperti bercakap benar, bersikap amanah, jujur & sebagainya.

-          Membina generasi pelajar & masyarakat yang ingat & sedar akan cabaran & godaan dalam pelbagai bentuk yang mengancam kehidupan seharian. Dalam tarbiyah usran ini, pengisian ilmu yang diberikan berbentuk ingatan tentang bahaya yang mengancam umat Islam. Antaranya cubaan orang kafir yang sedaya upaya memusnahkan umat Islam

-          Membina generasi pelajar & masyarakat yang berusaha menghidupkan tradisi ilmu di dalam diri & mempunyai semangat persaingan yang tinggi dalam mendapatkan ilmu pengetahuan

-          Mengikhlaskan diri kepada Allah S.W.T. demi untuk mencari keredhaannya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan siksaanNya. Di samping itu, membentuk ketaatan kepada Allah dengan membetulkan niat kemudian di ikuti dengan amalan amalan sekalipun tanpa arahan dari sesiapa

-          Memperkukuhkan perasaan persaudaraan sesame ahli kumpulan serta memupuk semangat bertindak secara berjamaah

TUJUAN
Melaksanakan perintah Allah & menjaga hubungan manusia dengan Allah serta manusia sesama manusia selain memastikan wujudnya usaha bantu membantu sesama ahli

-          Didik anggota kumpulan atau masyarakat supaya timbul tanggungjawab terhadap Allah S.W.T.
-          Hubung kehidupan anggota kumpulan secara langsung & tidak langsung dengan Al Quran & As Sunnah

-          Setiap ahli Usrah hendaklah membetulkan niat & mengikhlaskan diri dalam menghadiri usrah dengan tujuan mencari keredhaanNya, mengharap pahala & gerun dengan siksaanNya. Hadis Rasulullah S.A.W. “Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dikira dengan niat.  (Sahih Bukhari)

-          Dapat suburkan dakwah, meningkatkan ta’aruf & ta’awun dikalangan anggota usrah supaya sifat saling tegur menegur dapat dilaksanakan untuk kebaikan & kesejahteraan bersama

-          Bina semangat kerja secara berjemaah dalam urusan kerohanian & kehidupan dunia

-          Bina semangat sanggup berkorban untuk kepentingan jama’ah & harakah serta mempertenguh semangat jihat

RUKUN
Taaruf (berkenal kenalan)
Surah Al Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) & janganlah kamu bercerai berai”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Orang orang mukmin bagi mukmin itu umpama satu binaan yang menguatkan sebahagian dengan sebahagian yang lain” (sahih Bukhari)

Tafaahum (saling faham memahami)
Setiap ahli kumpulan sentiasa memeriksa keimanan diri serta ketaqwaannya. Apabila merasakan telah mampu untuk perkara tersebut maka nasihat menasihati jika terdapat kepincangan di kalangan ahli usrah. Apabila salah seorang menegur ahli kumpulan yang lain, dia perlu menerima teguran dengan hati yang terbuka serta mengucap terima kasih kepada orang yang sudi menegur dan menasihatinya. Ia perlu dilakukan dengan baik agar tidak menyinggung perasaan. Naqib & naqibah berperanan penuh dalam membentuk persefahaman di kalangan ahli usrah.

Takaful (perseimbangan)
Dasar memelihara sesama sendiri supaya jangan ada orang lain (anggota usrah) yang terbiar & terlantar. Bila ada salah seorang ahli kumpulan ditimpa bencana atau kesusahan, anggota lain harus mengambil berat tentang hal ini & bersama sama menyelesaikannya bagi mengekalkan perimbangan ini seperti bertanya khabar, ziarah menziarahi serta sentiasa membuat kebajikan dengan tolong menolong antara satu sama lain.
Jika setiap ahli benar benar faham dalam kewajipan & kerja serta menunaikannya, di situ terletaknya kejayaan usrah.


ADAB ADAB
-          Ikhlaskan niat kepada Allah S.W.T. Tetapkan di dalam hati agar apa yang dilakukan untuk mencapai keredhaan & mendapat pahala dariNya

-          Beri Salam apabila memasuk rumah ahli usrah

-          Menanam keazaman untuk mendapatkan ilmu

-          Dalam melaksanakan perbincangan, ahli ahli perlu berbincang dengan suara yang rendah serta tidak keterlaluan & menyentuh isu isu sensitif atau perkara perkara yang boleh membawa kepada pertengkaran atau pembalahan

-          Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa & bergurau yang keterlaluan

-          Hendaklah duduk beradab & tenang

-          Menepati masa menghadiri usrah

Pengisian dari segi kemampuan Naqib & naqibah

Untuk bina & bentuk tarbiyah usrah yg seronok, kepimpinan para Nuqaba’ perlu diambil berat

-          Hayati roh amal Islami
o   Setiap naqib/naqibah beramal dengan tuntutan ibadah tambahan (solat sunat, tilawah Al Quran, zikir Allah, zikir al-maut, puasa sunat, infaq fisabilillah & sentiasa bermujahadah kepada Allah)

-          Ada penguasaan terhadap ilmu
o   meningkatkan ilmu & cintakan ilmu agar dapat menjiwai roh amal Islami yang dituntut oleh Al Quran & As Sunnah
o   Tingkatkan diri dalam menuntut ilmu dakwah (Al Quran, As Sunnah, fiqh (kemanusiaan, harakah & pengurusan)
o   Mewujudkan suasana ilmu, iman & amal di kalangan ahli usrah serta persiapkan diri dengan iman dan ilmu supaya ahli ahli usrah mengagumi serta memberi dorongan ke arah amal & buat ahli usrah sedar bertapa pentingnya menjayakan dakwah & tarbiyah

-          Mampu memimpin & mengurus kumpulan
o   Tingkatkan kemahiran kepimpinan supaya dapat pengaruhi ahli usrah ke arah kehidupan berjemaah (komunikasi/kolektif)
o   Bina komunikasi berkesan antara ahli dalam melakukan sesuatu perkara
o   Mendisiplinkan diri dengan masa, memastikan hadir pada waktu serta dapat menunjukkan peningkatan diri serta kawalan terhadap prestasi perjalanan usrah serta program tarbiyah lain


First time ke rakaman konsert Idola Kecil 6


6 Disember 2013 - gi ke rakaman konsert IK6 buat pertama kali. Mmg sesat gak sbb dh la malam, diorang x letak lampu jalan. Mangkuk Hayun mana la ajar diorang tu? Bila dh jumpa mmg seronok dan x sabar nk tengok secara live camne konsert itu

Diorang bg family peserta masuk dulu, pastu baru penyokong penyokong. Selepas duduk dlm posisi yang ditunjukkan, taklimat diberi tentang peraturan yang dibuat. Yg best Alif Sattar tegur dan sempat berbual dengan dia. Sementara nk menunggu rakaman bermula, alif sattar ada nyanyi sikit, buat lawak sikit

Bila mula rakaman, mmg enjoy giler la. Siap bersorak lagi bila Aby, Emilia, Alleeya dan Eeqah buat persembahan. Nasib baik x hilang suara

Lepas habis je rakaman konsert tu, terus bergambar dgn juri jemputan dan peserta IK yg sy minat kecuali Aby yg sudah hilang. Mungkin tukar pakaian kot. X pe la, next konsert boleh snap dgn Aby

Lepas ni, pergi konsert rakaman akan jadi aktiviti mingguan sehingga konsert akhir. Wah, mmg x sabar

Monday, December 2, 2013

BYE 2013, HAI 2014

Pejam celik pejam celik, 2013 dh nk sampai ke penghujungnya. Dh masuk bulan Disember, yg nk naik tingkatan/darjah buat persiapan untuk masuk sekolah. Yg dh lepas SPM buat persiapan untuk either sambung belajar atau bekerja. Yg dh nk praktikal (cam aq) buat persiapan untuk pergi praktikal.

Selain Jom Heboh dan Showcase IK6, rasanya x bnyk aktiviti yg aq buat selain tengok wayang, study, main PS2, online dan tidur. Tapi apa yg pasti, aq nk gi tengok konsert Idola Kecil 6 secara live setiap jumaat.

Azam 2014? Ntahlah, aq pun x pasti. Nk cakap kahwin, aq sendiri pun masih tanggungan ibu bapa, awek lak x de. Huhuhu sayu sayu

Kekadang aq rasa yg hidup aq ni tanpa tujuan. Asyik2 online, main ps2, makan, tido. Pernah jugak aq terfikir untuk berubah tapi ntahla, perubahan aq sekejap je.

Aduh, apala aq merepek hujung tahun ni. Hahaha apa apa pun, Selamat Tahun Baru Masihi

Friday, November 22, 2013

IDOLA KECIL DALAM ALBUM SAYA

IDOLA KECIL 1





IDOLA KECIL 2




IDOLA KECIL 3





IDOLA KECIL 4



IDOLA KECIL 5










PENGACARA MEREKA






Tapi masih belum puas. Teringin nk tangkap gambar dgn artis artis Idola Kecil yg lain



Friday, June 21, 2013

Bilala Aku Nak Kahwin???

Bila tengok gambar childhood/best friend aku bersanding, aku sering terfikir, bersediakah aku? Maklumlah kahwin mana boleh dibuat main main. Walaupun ia bermaksud aku akan bersama gadis pilihan aku (pilihan 'ibupapa' aku memang aku reject) seumur hidup aku. Jadi memang susah nak cari seorang anak dara yang bukan sahaja terima aku seadanya tapi tidak membebankan fikiran aku dan membuat aku lagi bertambah tension.

Awek aku silih berganti (bukan bermakna aku ni playboy) malah awek yang aku suka dalam diam pun ada gak. Tapi aku ni kuat pendam dan malu nak luahkan, jadi apa pun tak berubah. Lagipun selepas Azhar Idrus keluar fatwa sesat yang mengatakan Couple it Haram(maklumlah, diakan pengasas Mazhab Azhar Idrus serta Kaum Nabi Luth (geng geng Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual)), dah makin susah nak dapat awek sebab diorang terpedaya dengan ajaran sesat mamat tu.

Lagi satu, Hantaran dan Mas Kahwin. Hantaran zaman sekarang bukan cam hantaran zaman dulu dulu. Kalau dapat awek yang mak bapak die ikut ajaran Islam dan Sunnah Nabi, alhamdulillah. Kene dapat awek yang ibu bapa letak hantaran cam nak jual anak, masalah gak. Mas Kahwin lak setiap negeri berbeza. Kalau kahwin kat Selangor mmg rugi sbb Mas Kahwin RM 300. Diorang tak faham kot maksud sabda Rasululllah yang mengatakan lagi rendah Mas Kahwin, lagi berkat perkahwinan itu.

Tapi ia semuanya terpulang pada jodoh yang ditentukan oleh Allah. Yang mana Allah percepatkan jodoh tu, Alhamdulillah. Yang mana Allah lambatkan jodoh tu, sabar ajela. Nampaknya aku kene terus bersabar sehingga Allah tahu bila aku dah benar benar bersedia untuk mendirikan rumahtangga dan dengan siapa aku bakal mendirikan rumahtangga (harap2 bukan yang 'ibu bapa' aku pilih)

Wokay, di sini saja coretan aku kali ni. Insya Allah panjang umo, kita jumpa lagi

Wednesday, January 2, 2013

Bye bye 2012, Hello 2013

Wah, 2012 sudah meninggalkan kita dan kini 2013 menjelma. Bnyk perkara yg berlaku pada tahun 2012. Pengalaman yg suka dan duka menjadi penghias kehidupan aku yang biasa itu.

Haha azam? Mmg xkan terlaksana sbb aq mana ada kekuatan nk buat semua tu. fulus pun harapkan ibu bapa. Kawan silih berganti dan nak cari seorang sahabat seperti Amy mmg susah. Semua pentingkan diri sendiri.

Bnyk lagi artis2 Idola Kecil yang aq lom tangkap lagi. Harap2 dapat tangkap gambar semua yg sy minat tu. Yg terbaru sy minat, Ben(sbb die comel giler), Darling & Aina(Muka cam Neng)

Kenangan yg best?
Reunion SMTS - batch 95/99. Kalau hanya batch 95, either aq or Yanty menang anugerah yg tiada atau kurang perubahan tu. Kamera aq agak out jadi nanti letak gambar yg tangkap ramai2. Syg aq x nmpk bestie aq, Daus. Redzuan dh x cam dh. Azwan still the same, malah masa aq buat tarian masa salah 1 pertandingan pun, die dh give up awal2, kata dh tahu sape pemenang. Nampaknya tarian aq masih ada kick lagi
Karnival Upin & Ipin - Dpt tangkap gambar dan autograf semua pelakon suara kecuali Susanti serta x dpt tangkap gambar pelakon suara Ehsan. Shopping sikit kat situ barang2 Upin & Ipin
Bina Insan Guru - Berkayak, naik rakit, jungle tracking kat Hutan Simpan Tanjung Tuan, berkawad. Yg x tahan kene kutuk dgn Kem Komanden sbb bnyk berhenti ambik nama2 pokok serta nama saintifiknya. Salah die gak, bg arahan, tulis apa yg nampak. Yg tension x bawak kamera

Awek? =_=! silih berganti. Susah benar nk cari awek yg x buat hal sngt. yg Siti Suhaima, aq baru je break dgn die, bende yg senang pun x leh buat, semua nk heboh2. Dh kata dh, line 018 tu tuk kita berdua je, tapi britahu jugak org lain. Dhla suruh tukar password, tapi bgtau org jugak. Baik x pyh. Tu sbb aq break dgn die, karang x pasal2 aq lak yg mati cpt krn sakit jantung, marah sngt dgn perangai die. Die tgh pujuk tuk kembali tapi aq dh tawar hati

Ayah? cam biasa, dgn sifat penting diri sendiri dia tu. Dhla x nk fhm perasaan aq, die nk aq phm perasaan die. Pastu sedap2 kata aq selfish, mmg cam jahanam perangai. Mmg tension betul layan die. Semue tu gara2 betina sundal yg menyemak dlm rumah itu. Selagi die x halau betina tu, selagi itu a xkan tido kat umah die

Aq dh mula minum Herbalife. Mungkin itu perubahan yg positif sbb sejak minum air tu, aq makin sihat dan kurang semput. Tapi yg lawaknye, teh yg diorang kata bg segar, bile aq minum, terus tido x sampai 5 minit. Mmg pelik. Diorang minum dgn soya tapi aq minum dgn susu segar atau susu rendah lemak

Ok jela, aq malas nk celoteh apa2 sbb aq pun x ingat apa yg aq buat tahun lepas selain apa yg aq tulis kat sini. Apa2 pun aq harap 2013 boleh membuat aq berubah menjadi aq yg semmgnye aq

Karnival Upin & Ipin di Stadium Titiwangsa




















Wah, memang kenangan yg xkan dilupakan