Patah Seribu

Sunday, November 6, 2011

Hidup Penuh Semangat - Idola Kecil (First cite pasal Idola Kecil yang sy buat)


SINOPSIS PLOT A
11 tahun yang lalu, negara Langkasuka menghadapi krisis menyebabkan sepasang kembar puteri dibawa keluar dari negara tersebut serta dipisahkan.

11 tahun kemudian, puteri puteri itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Idola. Fienaz cemburu dengan glamor Dayana walaupun Dayana tidak menyukai glamor tersebut kerana mahu aktif dalam pelajaran dan ko kurikulum. Dia diusik oleh Arill yang menyukainya namun Azzam sering menegur kelakuan Arill. Ain mengusik Arill yang dia menyukai Dayana namun Tasha memarahi Arill dan Azzam kerana mengganggu Dayana. Maulud meminta semua pelajar pulang ke kelas.

Sementara itu, permaisuri Langkasuka terlalu rindukan anak kembarnya dan meminta puteri sulungnya, Wada mencari kembar tersebut. Wada enggan kerana dia tidak mahu kembar itu ke istana dengan alasan mereka tidak tahu adab keluarga diraja. Haqiem memberitahu yang dia akan menjemput kembar itu dengan alasan mereka adalah ahli keluarga mereka.

Dayana dan Fienaz menyiapkan kerja sekolah apabila Maulud meminta bantuan mereka untuk membantunya mengendalikan rancangan tv internet miliknya. Pada mulanya Dayana dan Fienaz enggan kerana Dayana pemalu dan tidak tahu berinteraksi dengan kamera manakala Tasha sibuk mengumpul popularity namun Maulud memberitahu yang dia boleh mengajar Dayana berinteraksi serta menyakinkan Fienaz yang rancangannya di lihat di seluruh dunia. Dayana dan Fienaz bersetuju.

Wada leka melayari internet apabila dia melihat Dayana dan Tasha berinteraksi di dalam skrin. Pada mulanya dia tidak mengenali mereka namun dia ternampak tanda diraja di leher belakang Dayana ketika dia mengikat rambutnya serta di lengan Fienaz ketika dia menyingsing lengan bajunya menyebabkan dia menyedari Dayana dan Fienaz adalah kembar yang mereka cari.

Azzam kehairanan apabila Arill mengulangkaji pelajaran sendangkan adik kembarnya paling malas mengulangkaji pelajaran. Arill memberitahu yang dia mesti mendapat keputusan yang terbaik supaya dapat menawan hati Dayana. Azzam memberitahu yang mereka masih muda untuk bercinta namun tidak diendahkan. 

Dayana memeriksa skrip untuk rancangan seterusnya apabila Maulud memberitahu yang Dayana masih kaku apabila berhadapan dengan kamera. Dayana memberitahu yang dia tak biasa berlakon namun Maulud memberi kata kata perangsang.

Sementara itu, Tasha dan Ain menemui maklumat tentang keluarga sebenar Dayana dan Fienaz serta status mereka berdua. Ain ingin tahu dengan lebih lanjut namun mereka gagal walaupun Ain menggunakan akses ayahnya. Jiha  sibuk berangan sehingga terlupa membantu mereka.

Wada ingin tahu kenapa Haqiem bersetuju mencari Dayana dan Fienaz di Malaysia. Haqiem memberitahu yang dia mahu memerhatikan tindak tanduk Dayana dan Fienaz serta menghalang pasangan kembar daripada kembali ke kerajaan itu. Wada memahami apa yang Haqiem fikirkan namun dia mahu Dayana dan Fienaz tidak menjejaki tanah kerajaan.

Fienaz berjalan pulang dengan Nurul apabila Nurul menasihati Fienaz supaya berbaik dengan Dayana namun Fienaz memberitahu yang dia mahu Dayana keluar dari sekolah supaya dia boleh ada glamour sepertinya. Nurul mengeluh dengan perangai Fienaz.

Maulud mengajar Dayana cara beraksi di hadapan kamera. Dayana mengikut apa yang diajar oleh Maulud namun sifat malunya menyebabkan dia terus gugup bila rakaman dimulakan. Maulud bengang namun dia menahan marahnya.

Haqiem memasuki Malaysia untuk mencari Dayana dan Fienaz berpandukan alamat yang tertera di video namun dia buta arah serta mudah tertarik dengan perempuan menyebabkan dia tersesat jalan.
Ain dan Tasha meminta bantuan ayah Azzam dan Arill, En Lukman untuk mencari maklumat tentang Dayana dan Fienaz namun En Lukman memberitahu yang rekod rekod kemasukan berada di dalam komputer di pejabat. Ain dan Tasha hampa. 

Azzam dan Arill meminta Maulud turut memasukan mereka berdua dalam rancangannya. Maulud memberitahu yang Dayana dan Fienaz telah banyak membantunya namun Azzam memberitahu yang lagi ramai membantunya lagi bagus. 

Ain meminta bantuan Nurul untuk menggodan komputer kastam supaya dapat mengetahui kemasukan Dayana dan Fienaz. Pada mulanya Nurul enggan kerana dia tahu itu kesalahan internet namun Ain terus memujuk menyebabkan Nurul bersetuju dengan syarat dia berhak menghentikan operasinya apabila ada pihak cuba mengesannya. 

Fienaz sibuk membeli belah apabila dia melihat Haqiem terkontang kontang mencari alamat Dayana. Fienaz teragak agak untuk membantu Haqiem namun kehadiran 'bodyguard' memanggilnya Tuan Putera menyebabkan Fienaz memilih untuk membantu Haqiem.

Dayana mula biasakan diri beraksi di hadapan kamera. Maulud lega dan mula membantu Dayana mengendalikan rancangannya.

Nurul berjaya mengodam komputer Jabatan Kastam dan mengetahui kemasukan Dayana dan Fienaz tapi belum sempat dia memuat turun kemasukan itu, dia mengesan ada seseorang sedang cuba mengesan godamannya menyebabkan dia terpaksa memutuskan saluran godamannya.

Fienaz ingin tahu kenapa Haqiem mahu mencari kembar itu sedangkan Haqiem memberitahu yang kakaknya Wada memberitahu yang mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang adat di istana. Haqiem memberitahu yang ibunya mahu bertemu dengan Dayana dan Fienaz kerana terlalu merindui puteri kembarnya. Fienaz terkejut mengetahui yang Dayana mempunyai darah diraja sepertinya namun dia memilih untuk merahsiakan hal itu daripada Haqiem.

Ain melihat Nurul menggodam komputer pejabat Imigresen kali kedua dan mendapati Dayana dan Fienaz dibawa masuk ke Malaysia bersama seorang pengasuh. Ain ingin tahu nama pengasuh itu namun Nurul terpaksa memutuskan godaman itu kerana perantinya memberi amaran yang ada orang sedang menjejakinya.
Wada melayari internet televisyen dan mendapati Dayana dan Fienaz sering bertengkar tentang hal yang remeh temeh. Dia menghubungi Haqiem dan memberitahu tentang hal itu namun Haqiem tidak menjawab panggilannya. 

Nurul memberitahu Tasha dan Ain yang dia juga sudah menggodam komputer pejabat pendaftaran dan mendapati pengasuh itu telah meninggal dunia setahun kemudian dan Dayana dan Fienaz telah diserahkan kepada keluarga lain. Ain mula sedar yang Dayana dan Fienaz mungkin mempunyai musuh yang mahu membunuhnya. 

Dayana mula seronok mengendalikan segmen masakan namun Maulud memberitahu yang Dayana dan Fienaz perlu bekerjasama untuk menjayakan segmen. Dayana memberitahu yang dia boleh membekerjasama dengan Fienaz namun Fienaz yang terlalu inginkan glamour sehingga sering menepikan Dayana dan mengendalikan segmen itu seorang diri. Maulud memberitahu yang dia boleh memujuk Fienaz.

Haqiem menerima MMS daripada Wada tentang gambar Dayana dan Fienaz serta kedudukan tanda diraja. Fienaz melihat gambar itu dan menyedari yang Dayana adalah kembarnya namun dia tidak mahu Dayana tahu tentang hal tersebut.

Azzam dan Arill mengendalikan segmen baru namun Arill yang sering teringat tentang Dayana menyebabkan dia gagal tumpukan perhatian.

Dayana pulang ke rumah namun terkejut apabila Fienaz mahu berjumpa dengannya. Pada mulanya Dayana teragak agak kerana dia tahu Fienaz amat inginkan porpulariti namun Fienaz memberitahu yang ia mengenai keluarga mereka berdua yang sebenar menyebabkan Dayana terkejut.

Haqiem mengekori Fienaz dan melihat Dayana dan Fienaz berbincang. Dia menyedari persamaan antara Dayana dan Tasha dan mula faham apa yang Wada risaukan tetapi dia mahu melihat tanda diraja Dayana.
Nurul memberitahu Ain dan Tasha supaya menunjukkan apa yang mereka ketahui itu kepada Dayana dan Fienaz namun Miza memberitahu yang dia bertemu dengan Haqiem yang turut mencari mereka berdua. Tasha dan Ain mula panik.

Wada meminta nasihat kawan kawannya untuk menghadapi masalah pasangan kembar. Syaza menyuruh Wada membunuh kembar itu namun Syada memberitahu yang lebih baik Wada menyuruh Haqiem menahan pasangan kembar itu daripada pulang ke Langkasuka. Wada ingin tahu bagaimana.

Dayana terkejut mendengar penerangan Fienaz namun masih ragu ragu dengan penerangan itu. Fienaz menunjukkan gambar yang diambil berserta nota nota yang ditulis oleh Haqiem sambil memberitahu yang mereka perlu kembali ke Langkasuka untuk bertemu dengan ibu bapa mereka. Dayana terkejut kerana dia tidak tahu negara itu wujud kerana tidak ada dalam peta. Fienaz memberitahu yang mereka perlu minta bantuan Nurul untuk mengesan kedudukan kerajaan itu namun Dayana memberi kemungkinan yang Langkasuka tidak mempunyai teknologi seperti negara negara lain. 

Wada cuba menghubungi Haqiem namun gagal. Syada memberitahu Wada yang dia perlu laksanakan rancangan itu secepat yang boleh.

Haqiem yang mendengar perbualan Dayana dan Fienaz memberitahu mereka yang Langkasuka mempunyai teknologi yang sehebat Malaysia namun dia kehairanan dengan cadangan Fienaz. Fienaz hanya tersenyum sambil berbisik ke arah Dayana yang ketawa kecil.

Sementara itu, Permaisuri Mimin bertanya kepada Wada tentang Haqiem. Wada memberitahu yang Haqiem ke Malaysia untuk mencari Dayana dan Fienaz dan meminta Permaisuri Mimin terus berehat.

Haqiem memberitahu Dayana dan Fienaz yang hari kelahiran Raja Sibrom sudah hampir dan baginda raja mahu memperkenalkan keluarganya. Fienaz memberitahu yang mereka perlu kembali ke Langkasuka untuk mengetahui salasiah keturunan mereka namun Haqiem memberitahu yang mereka perlu belajar tentang adat istana serta adab istana sebelum kembali ke negara kelahirannya. Dayana dan Fienaz setuju.

Maulud kehairanan kerana Dayana dan Fienaz mula bekerjasama namun Fienaz tergesa gesa untuk menghabiskan segmen mereka. Arill cuba bertanya kepada Dayana namun Dayana hanya senyum sambil memberitahu yang dia juga tak tahu kenapa Fienaz bergitu tergesa gesa. Azzam bertanya kepada Fienaz namun tidak diendahkan.

Haqiem menghubungi Wada namun dimarahinya kerana menutup telefon bimbit. Haqiem memberitahu yang dia akan mengajar Dayana dan Fienaz adat dan adab istana. Wada tidak bersetuju kerana dia tidak mahu kembar itu kembali ke Langkasuka. Haqiem memberitahu yang dia akan cuba menamatkan adat dan adab istana itu selepas hari kelahiran Raja Sibron.

Dayana dan Fienaz mengulangkaji pelajaran namun Dayana ingin tahu tentang Langkasuka. Fienaz memberitahu yang Dayana boleh bertanya kepada Haqiem tentang hal itu semasa mereka belajar tentang adat dan adab istana. Tanpa disedari, Azzam dan Arill mendengar perbualan mereka dan tertanya tanya maksud mereka.

Nurul, Tasha dan Ain bertemu dengan Azzam dan Arill. Azzam memberitahu tentang perbualan Dayana dan Fienaz. Nurul memberitahu yang dia akan cuba membantu Dayana dan Fienaz mencari data tentang kerajaan Langkasuka. Ain dan Tasha meminta Azzam dan Arill mengintip Haqiem. 

Haqiem mengajar Dayana dan Fienaz adat dan adab istana namun kembar itu terlalu bersemangat untuk mempelajari dengan lebih lanjut menyebabkan Haqiem mula risau jika ia habis sebelum hari kelahiran Raja Sibron, rancangan Wada untuk menghalang mereka dari kembali ke Langkasuka gagal. 

Wada resah mengetahui Dayana dan Fienaz dapat mempelajari adat dan adab istana dengan cepat. Syada mencadangkan supaya Haqiem membawa mereka ke Langkasuka menggunakan kapal terbang persendirian namun kapal itu ditembak jatuh sebelum tiba ke Langkasuka dengan alasan kapal terbang penceroboh. 

Haqiem terkejut mendengar cadangan Wada namun dia merasakan rancangan kakaknya menghadapi masalah lalu membawa Dayana dan Fienaz menggunakan kapal terbang biasa. Fienaz kehairanan kerana mereka boleh terus ke sana tanpa henti namun Dayana merasakan mereka tidak diterima ke Langkasuka. Haqiem cuba menghilangkan kesangsian Dayana namun gagal.

Wada terkejut apabila mengetahui Haqiem membawa kembar itu menggunakan kapal terbang biasa. Syada mencadangkan supaya kapal terbang itu ditembak jatuh namun Wada memberitahu yang dia mahu mengorbankan kembar itu tanpa melibatkan orang awam.

Dayana dan Fienaz berjaya tiba di Langkasuka dan melihat penduduk serta bentuk muka bumi. Haqiem memberitahu yang mereka perlu ke istana untuk bertemu dengan ibu bapa mereka.

Wada berang dengan tindakan Haqiem yang membawa kembar itu kembali ke negara kelahiran mereka. Syada mencadangkan supaya Wada mengupah penembak hendap untuk menembak Dayana dan Fienaz sambil dipersetujui oleh Syaza. 

Permaisuri Mimin mengetahui kehadiran Dayana dan Fienaz lalu menitahkan supaya kembar itu mengadapnya. Raja Sibron meminta Permaisuri Mimin bersabar namun Permaisuri Mimin tetap berdegil mahu berjumpa dengan kembar itu. 

Haqiem menerangkan kepada Dayana dan Fienaz tentang adat resam Langkasuka apabila menerima mesej daripada Wada memintanya membawa kembar itu mengadap permaisuri. Dayana dan Fienaz tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu kandung mereka.

Azzam dan Arill berbual dengan Ain dan Tasha apabila Nurul memberitahu mereka yang dia telah menggodam kerangka komputer Langkasuka dan mendapati rancangan Wada untuk membunuh Dayana dan Fienaz. Risau dengan keselamatan Dayana dan Fienaz, Arill meminta mereka ke Langkasuka namun Azzam memberitahu yang mereka tidak ada wang untuk ke sana dan mereka memerlukan pasport serta kebenaran ibu bapa mereka.

Dayana dan Fienaz memeluk Permaisuri Mimin dan Raja Sibron sambil menangis. Wada menjeling tajam ke arah Haqiem yang membuat muka selamba. Syada memberitahu Wada supaya berkumpul di taman bersama rakan rakannya sambil dipersetujui oleh Syaza. Wada turut mengajak Afiq dan Udin berbincang. 

Dayana dan Fienaz mula berpakaian seperti seorang puteri raja namun rindukan kawan kawannya di Malaysia. Permaisuri Mimin memberitahu yang mereka hanya boleh datang semasa Hari kelahiran Raja Sibron.

Sementara itu, Afiq bertemu dengan Azzam dan Arill dan memberitahu yang dia boleh membawa mereka ke Langkasuka. Azzam ingin tahu kenapa Afiq menbantu mereka namun Afiq memilih untuk mendiamkan diri. 
Dayana dan Fienaz mula menyesuaikan diri dalam kehidupan di istana namun Wada sering memberi masalah kepada mereka berdua menyebabkan Fienaz bengang namun disabarkan oleh Dayana. Haqiem memberitahu mereka berdua supaya bersabar dengan karenah Wada.

Hari kelahiran Raja Sibron tiba dan Dayana dan Fienaz berkumpul bersama keluarga Raja Sibron yang lain. Wada memperli Dayana dan Fienaz yang mereka tidak tahu tentang hari keputeraan ibu bapa mereka. Fienaz bengang namun Dayana memberithu Wada yang mereka amat menyayangi keluarganya. Wada berang namun Haqiem memberitahu kakaknya yang mereka perlu bersedia di balai singgahsana. 

Azzam, Arill, Tasha, Ain, Nurul, Maulud, Kah Seng dan Jiha tiba di Langkasuka namun mereka tidak boleh memasuki istana. Arill mula panik namun Azzam meminta Nurul menggodam kerangka utama Langkasuka supaya mereka mendapat masuk. Nurul mula menggodam namun menghadapi masalah melepasi 'firewall' Langkasuka.

Wada mengajak Dayana dan Fienaz ke sudut istana untuk menjelajah satu bilik yang dikatakan berhantu. Dayana takut namun Fienaz terus bersemangat untuk mengetahui bilik berhantu itu. Haqiem mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu meminta Udin mengekori Wada.

Wada membawa Dayana dan Wada ke bilik bawah tanah. Tanpa disedari, Syaza dan Syada sudah bersedia untuk menutup serta mengunci pintu. Namun ia menjadi lain apabila Syaza dan Syada mengurung Wada, Dayana dan Fienaz di dalam bilik itu.

Udin berselisih dengan Syaza dan Syada yang berjalan sambil berbual lalu bertanya tentang Wada. Syaza kehairanan kerana Wada tidak berkumpul dengannya. Syada merasakan sesuatu yang tidak kena lalu meminta Syaza dan Udin kembali ke bilik kosong.

Haqiem resah kerana Wada, Dayana dan Fienaz belum pulang. Azzam, Arill, Miza, Nurul, Ain, Maulud, Kah Seng dan Tasha tiba bersama Afiq menyebabkan Haqiem memberitahu mereka tentang kehilangan Wada, Dayana dan Fienaz. Arill mahu mencari mereka namun Azzam menyuruh mereka berpecah.

Wada cuba membuka pintu namun sedar ia dikunci dari dalam. Fienaz cuba menendang pintu itu namun ia tidak membuka. Dayana meminta Wada mengingati struktur bilik itu. Kehairanan dengan permintaan Dayana, dia cuba mengingati struktur bilik itu. 

Syaza, Syada dan Udin tiba di bilik itu namun gagal membukanya. Wada menjerit dari dalam memberitahu yang pintu boleh dibuka dengan menyelesaikan teka teki.

Azzam dan Arill mengikut Haqiem cuba menghubungi Wada melalui telefon bimbit namun gagal. Afiq menghubungi Haqiem dan memberitahu kedudukan Wada, Dayana dan Fienaz. Haqiem mula resah kerana dia tahu sejarah bilik itu. 

Dayana berjaya menyelesaikan satu pertiga teka teki tersebut dan memerlukan Wada dan Fienaz untuk menyelesaikan teka teki yang selebihnya. Namun Wada dan Fienaz sering bertengkar sehingga tidak memikirkan jawapan pada teka teki itu.

Azzam dan Arill bertemu dengan Haqiem dan Afiq yang berdiri di hadapan pintu bilik. Haqiem memberitahu Azzam dan Arill yang pintu bilik bawah tanah tidak boleh dibuka tanpa selesaikan teka teki. Azzam dan Arill mahu menyelesaikan teka teki untuk membantu Dayana, Fienaz dan Wada namun Haqiem memberitahu yang hanya keluarga diraja Langkasuka mampu menyelesaikan teka teki itu. Azzam dan Arill terkejut.

Wada dan Fienaz masih bertengkar apabila Dayana menjerit meminta mereka bertenang dan meminta supaya bekerjasama menyelesaikan teka teki. Fienaz enggan namun Dayana menyakinkan Fienaz yang dia mampu menyelesaikan teka teki itu. Ditambah dengan Wada memberitahu yang hanya keluarga di raja Langkasuka yang boleh menyelesaikan teka teki itu.

Semua berkumpul di hadapan pintu bilik bawah tanah. Nurul menggunakan komputer riba untuk menganalisa teka teki yang berada di pintu. Azzam cuba menyelesaikan teka teki berpandukan ilmu yang dia belajar namun gagal. Arill masih blur dan tidak memahami teka teki tersebut. Ain dan Tasha membantu Wada, Fienaz dan Dayana mencari jalan keluar yang lain. 

Wada berjaya menyelesaikan satu pertiga teka teki itu dan mengaitkannya dengan teka teki yang diselesaikan oleh Dayana. Fienaz ragu ragu dengan jawapan yang dia ada kerana dia tidak sepandai Dayana dan Azzam. Dayana memberitahu yang setiap manusia mempunyai kepandaian yang berbeza. Fienaz memahami teka teki itu dan berjaya menyelesaikannya.

Azzam melihat pintu itu terbuka dan Dayana, Wada dan Fienaz keluar. Haqiem memberitahu yang mereka sempat kembali ke upacara memperkenalkan keluarga Raja Sibron.

Selepas majlis, Dayana dan Dayana ingin kembali ke Malaysia kerana mereka masih bersekolah. Permaisuri teragak agak untuk melepaskan Dayana dan Fienaz tetapi Wada memberitahu yang dia dan Haqiem akan menjaga mereka berdua.

Dayana dan Fienaz kembali ke sekolah bersama Azzam, Arill, Nurul, Ain dan Tasha. Haqiem dan Wada bersekolah menengah bersama Afiq, Udin, Syada dan Syaza.

STORYLINE PLOT C
Arill amat menyukai Dayana namun dia sering terdengar gosip yang kononnya Dayana menyukai pelajar yang pintar dan sering berjaya dalam pelajaran. Arill mula berhasrat untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Fienaz melihat Azzam berbual dengan Kah Seng dan Maulud. Tasha memberitahu Fienaz yang Azzam sibuk dengan latihan bola sepak serta tugasnya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar namun tidak diendahkan oleh Fienaz.

Arill rindukan Dayana hingga sering menyanyi lagu lagu cinta. Azzam yang melihat gelagat adiknya hanya mampu mentertawakan gelagat Arill.

Dayana terus dikerumuni pelajar pelajar lain yang inginkan bantuan dalam pelajaran. Fienaz cemburu dengan populariti Dayana mula merancang untuk menjatuhkannya. Tanpa disedari, Dayana merungut pada Ain yang dia hanya inginkan kehidupan sebagai pelajar biasa. Ain memujuk Dayana supaya bersabar.

Arill berlatih bola sepak bersama rakan rakannya namun dia tidak menunjuk aksi hebat seperti selalu. Maulud menegur kelakuan Arill namun tidak diendahkan.

Fienaz meminta bantuan Kah Seng supaya buat Azzam menyukainya. Kah Seng kehairanan kerana mereka masih bersekolah dan terlalu muda untuk bercinta. Tasha memujuk Fienaz supaya melupakan niatnya namun tidak diendahkan. Maulud memberitahu Kah Seng supaya fokus pada pelajaran dan jangan fikir pasal cinta. Fienaz bertambah bengang lalu meninggalkan Maulud dan Kah Seng. Tasha terkejut lalu mengejar Fienaz.

Arill bertemu dengan Dayana yang tengah rungsing. Dayana memberitahu Arill yang dia mahu kehidupan pelajar biasa. Arill memberitahu Dayana yang dia perlu bersabar dan minta nasihat daripada cikgu kaunseling. Dayana mengeluh kerana cikgu kaunseling jarang ada di biliknya.

Fienaz dan Tasha bertemu dengan Azzam yang tergesa gesa keluar dari asrama. Fienaz cuba memikat Azzam namun Azzam terus berlalu tanpa menegur Fienaz. Tasha ketawa kecil namun jelingan daripada Fienaz menghentikan ketawanya.

Dayana dan Arill berbincang tentang cara mengurangkan kepopulariti Dayana namun ia tidak berhasil malah populariti Dayana semakin tinggi. Fienaz bertambah bengang namun di sabarkan oleh Tasha. Dayana mengeluh. 

Azzam melihat Arill yang merangka cadangan untuk mengurangkan populariti Dayana. Arill memberitahu Azzam yang Dayana tidak mahukan populariti itu. Azzam memberitahu yang adiknya perlu cari apa yang menyebabkan Dayana menjadi popular dan memindahkannya pada orang lain. Arill menerima idea abangnya namun dia tidak tahu siapa yang inginkan populariti.

Fienaz memasuki laman chatting dan bertemu dengan Haqiem yang menggunakan nama Tajussyarof. Fienaz yang menggunakan nama nad_xiao menjadi kawan Haqiem.

Arill bertemu dengan Kah Seng dan Maulud untuk membantu memberi populariti kepada Fienaz namun Maulud memberitahu yang Tuhan tak beri apa yang kita mahukan tapi apa yang kita perlukan.

Fienaz bertemu dengan Dayana yang mengulangkaji pelajaran lalu memarahi Dayana kerana mahu memikat Azzam. Dayana kehairanan kerana dia terlalu muda untuk memikat Azzam dan dia mahu fokus pada pelajaran. Ain menenangkan Fienaz sambil memberitahu yang Fienaz mahu populariti seperti Dayana namun Dayana memberitahu Fienaz yang dia boleh ambil populariti itu kerana dia memang tidak mahukannya. Fienaz dan Ain terkejut mendengar apa yang Dayana kata.

Arill meminta bantuan Nurul untuk menganalisa populariti Dayana. Nurul memberitahu yang Fienaz perlu bersikap seperti Dayana dan Dayana bersikap seperti Fienaz. Arill menghantar sms kepada Dayana dan Fienaz.

Fienaz dan Dayana terkejut melihat sms Arill. Ain mula memahami apa yang Arill mahu buat lalu mencadangkan mereka berdua membuat idea. Dayana dan Fienaz bersetuju dengan idea itu.
Semua pelajar terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh Dayana dan Fienaz.

Haqiem turut terkejut mengetahui Fienaz mula berubah namun dia masih suka sifat Fienaz yang asal kerana dia berpendapat Fienaz tidak perlu populariti kerana ia sifat semulajadi Fienaz. Namun Fienaz tetap berdegil mahukan populariti Dayana. Haqiem mengeluh dengan kedegilan Fienaz namun tetap bersabar kerana dia faham mengapa Fienaz cemburu dengan Dayana.

Semasa dalam perjalanan ke Langkasuka, Fienaz meminta nasihat kepada Haqiem tentang masalahnya. Haqiem memberitahu yang Fienaz perlu menerima dirinya sendiri dan perlu berubah supaya mudah diterima oleh pelajar lain. Fienaz keliru dengan apa yang dikatakan oleh Haqiem namun Haqiem memberitahu yang Fienaz akan memahaminya apabila tiba masanya.

Semasa terkurung dalam bilik bawah tanah, Fienaz tidak tahan dengan cemuhan Wada terhadapnya dan Dayana lalu memarahi Wada namun Wada tidak mengalah dan terjadinya pertengkaran. Apabila Dayana memintanya menyelesaikan teka teki yang terakhir, dia teragak agak kerana dia tidak pandai dalam soalan menguji minda. Wada memberitahu yang Fienaz perlu selami dirinya untuk mengetahui jawapannya. Fienaz menutup matanya dan menyelami dirinya. Tiba tiba dia teringat cara matematik yang pernah diajar oleh cikgu matematik di sekolah lalu menyelesaikan teka teki terakhir. 

Selepas pulang dari Langkasuka, Fienaz meminta maaf daripada Dayana dan Dayana memaafkan kesalahannya.