AKU TERIMA
NIKAHNYA
Kahwin? Siapa
yang tidak mahu berkahwin? Setiap manusia ingin berkahwin walaupun dengan niat
atau sebab yang berbeza. Namun bergitu,
masalah yang dihadapi dalam perkahwinan ialah tanggungjawab yang perlu
ditanggung oleh pasangan.
Lafaz ‘Aku Terima
Nikahnya’ bermakna lelaki menerima tugasnya menjaga dan membimbing wanita,
mengambil alih tugas bapa perempuan itu.
Maknanya lelaki itu tanggung segala dosa wanita yang bakal di nikahinya.
Jika wanita yang dinikahinya itu kurang dosa serta mempunyai didikan agama yang baik, Alhamdulillah, kurang beban. Jikda wanita yang dinikahi itu sebaliknya, masak jugakla
Persediaan untuk
mencapai lafaz itu amat banyak dan memerlukan kos. Lelaki perlu mencari calon
isteri dan perempuan perlu mencari calon suami. Ciri ciri calon lelaki dan ciri
ciri calon perempuan telah diberitahu dan diterangkan oleh Islam. Agama iaitu
yang paling penting, Harta punca pencarian, Rupa fizikal manusia dan keturunan
atau nasab.
Selain itu,
keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan perlu mencapai kata sepakat
dalam menentukan jumlah hantaran yang dapat diusahakan oleh pihak lelaki dan
perempuan. Trend ibu bapa zaman sekarang menetapkan hantaran yang tinggi
sehingga membebankan lelaki yang menyebabkan dia mencari jalan lain seperti
berkahwin di negara jiran atau membatalkan hasrat untuk berkahwin dan terus
melakukan maksiat.
Persediaan yang
terakhir adalah menghadiri kursus perkahwinan. Di situ, bakal pengantin akan
dibekalkan dengan ilmu pengetahuan sebagai persediaan menempuh alam
perkahwinan. Dari situ, mereka diberitahu tentang tanggungjawab serta hak
masing masing
Selepas semua
persediaan dilakukan, rukun nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan,
wali iaitu bapa kepada pengantin perempuan, tok kadi atau jurunikah, Ijab dan
Kabul. Mas kahwin ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri namun Sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “perkahwinan yang barakah adalah yang
mempunyai mas kahwin yang rendah”.
Nikah mempunyai
pelbagai jenis namun nikah yang sering dan kerap digunakan ialah nikah biasa,
di mana lelaki dan perempuan bernikah. Nikah nikah lain seperti nikah khitbah
menjadi asing dan tidak diterokai padahal kebanyakan nikah nikah itu mudah dan
sesuai dengan keadaan masa kini di mana pemuda dan pemudi yang ingin berkahwin
namun tidak mempunyai harta sepencarian dan berlandaskan nafsu semata mata.
Salah satu
perkara yang mempengaruhi nikah adalah adat melayu yang kebanyakannya
menyusahkan. Sebagai contoh, adat melayu perlu ada persandingan, bunyi kompang
padahal dalam Islam hanya ada akad dan walimatul urus.
Kesimpulannya,
nikah secara Islam tidak menyusahkan kerana Allah amat menyukai perkahwinan dan
membenci penceraian tetapi yang membuat ia menyusahkan adalah penganutnya
sendiri, terutama sekali orang yang berpangkat ‘ustaz’ dan kononnya mengaku
pandai agama.
No comments:
Post a Comment