Melihat 4 dara sunti menubuhkan kumpulan persahabatan mengingatkan aku pada kisah 1994. Masa tu kami berlima mempunyai persahabatan yang kuat. Gaduh dalam sahabat tu biasalah tapi tidak sampai memutuskan persahabatan. Susah senang kami lalui bersama malah kami mengenali sesama kami bair dari segi luaran mahupun dalaman. Itu sebab bila ada yang dilanda masalah, senang kami tahu melalui gerak gerinya.
1994 meninggalkan kenangan suka duka terhadap aku. Tahun UPSR tapi aku still dengan awek aku, Najwa. Namun bergitu, studygroup masih ada, masih aku ikut. Seronok jugak masa tu; Firdaus, Redzuan, Nazri dan awek aku, Najwa dalam group study tu. Kami namakan group kami, 5 Sekawan
Kitorang pernah gaduh teruk masa kemasukan Yazid dan Salwa. Namun ada seorang cikgu, dia dengar kitorang bertengkar dan terus kami disuruh memasuki bilik darjah dan akhirnya diberi pengajaran serta dipaksa tulis dan hafal 50 peraturan dalam persahabatan. Skarang ntah buku tu kat mana. Aku pulak dapat ingat 10 dari 50 peraturan. Hehehehehehehe. Last last Salwa dan Yazid masuk tapi kami kekalkan nama 5 Sekawan
Persahabatan kitorang ni bermula masa tadika lagi dan tak pasti nnk kata berakhir ke tak sebab lepas UPSR, lepas habis darjah 6, kitorang cam terpisah dan terus tak berhubung sampai sekarang. Rindu betul aku kat diorang.
Kalau mereka baca blog ni, harap hubungi aku ye. Yang gadis gadis sunti tu, pelbagai halangan akan ditempuhi sepanjang persahabatan namun yang penting korang tabah dan kenal sahabat korang itu luar dalam. Yang penting terima kelebihan dan kelemahan sahabat korang seadaanya seperti mana sahabat korang terima kelebihan dan kelemahan korang seadaanya
Sunday, May 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment