Taarif
Kalimah arab
bermaksud keluarga. Mengikut istilah, sekumpulan individu yang beriman dalam
agama Islam, berusaha & tolong menolong di antara satu sama lain untuk
menghayati Islam berdasarkan perintah Allah S.W.T.
Dalam Firman Allah
di surah Al Maaidah ayat ke 2 yang bermaksud “Dan hendaklah kamu bertolong
tolong untuk membuat kebajikan & bertaqwa & janganlah kamu bertolong
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan Nya (bagi sesiapa yang
melanggar perintahNya)”
Kesimpulannya,
agama Islam memandang berat semata mata ikatan persaudaraan bukan sahaja dalam
konteks hubungan kekeluargaan
bahkan ia meluas kepada hubungan yang berdasarkan ikatan keimanan.
Dalam firman
Allah di surah al Hujuraat ayat ke 10 yang bermaksud “Sesungguhnya orang orang
yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara 2 saudara kamu
(yang bertelingkah) itu, & bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat”
SEJARAH
Pembentukan Usrah
Zaman Rasulullah
Pembentukan usrah
pertama dilakukan di Dar Al Aqram. Di situ, Rasulullah mengajar mereka setiap
ayat Al Quran yang baru diturunkan. Kemudian dihafal serta diberi huraian yang
jelas supaya para sahabat faham maksud sesuatu ayat yang diturunkan &
memudahkan mereka serta umat Islam mempraktikkan dalam ibadat & kehidupan
seharian
Dalam dakwah,
baginda menekankan di dalam diri umat Islam ruh ubudiyyah bagi menjadikan
umatnya hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Selain itu, baginda
juga menanamkan roh optimis yang menjadikan umatnya tidak putus asa dalam
melaksanakan tugas tugasnya demi menegakkankalimah Allah. Baginda juga menanam
roh jiwa bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawabkan, sanggup
menerima risiko dalam perjuangan & tidak mudah putus asa dalam menyebarkan
dakwah Allah. Proses pembinaan sifat sifat luhur seperti baik hati, amanah,
bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya turun ditekankan oleh
baginda.
Firman Allah
dalam surah al Qalam ayat ke 3 hingga ke 4 yang bermaksud “Dan sesungguhnya
engkau tetap beroleh pahala pahala yang amat besar yang tidak putus putus
(sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam). Dan bahawa sesungguhnya engkau
mempunyai akhlak yang soleh dan cemerlang sangat mulia”
Perkembangan
Usrah Pada Peringkat dakwah Ikhwan Muslimin
Perkataan Usrah
mula diperkenalkan untuk pertama kali oleh Hasan al-Banna. Sejarah Ikhwan
al-Muslimin telah bejaya pada peringkat awal di Masjidil Haram, bermula dengan
kelompok kecil kepada kelompok besar. Beliau merasakan tarbiyah dalam kelompok
kecil lebih berkesan kerana Naqib/Naqibah dapat mengenal & memahami ahli
ahli yang dipimpinnya. Namun bergitu, ia tertakluk kepada sejauhmana kemampuan
naqib/naqibah tersebut dalam menguruskan perjalanan tarbiyah usrahnya. Lama
kelamaan pergerakan ini disebarkan oleh pelajar pelajar yang cuba menonjolkan
ajaran Islam berasaskan Tauhid & ukhwwah Islamiyah serta kasih saying
MATLAMAT
Umum
-
Melahirkan
keperibadian masyarakat & mahasiswa agar mempunyai sahsiah & peribadi
yang soleh & cemerlang
-
Mempunyai
kemahiran serta keterampilan yang tinggi & baik bagi menggerakkan daulah
Islamiyah & menegakkan syariat Allah di muka bumi
Khas
-
Membina
generasi pelajar & masyarakat supaya dapat menggerakkan Islam sebagai Al-Din
Wa al-Daulah (menegakkan agama Islam dalam kehidupan. Melaksanakan kehidupan
harian berlandaskan syariat Islamiyah melalui Al Quran & As Sunnah),
menghayati dalam kehidupan, diri, keluarga dan masyarakat.
-
Membina
generasi pelajar & masyarakat berani menegakkan akhlak Islamiyah dalam diri
& sensitive segala perkara yang berkaitan dengan Islam. Setiap masyarakat
& pelajar berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan akhlak yang mulia
seperti bercakap benar, bersikap amanah, jujur & sebagainya.
-
Membina
generasi pelajar & masyarakat yang ingat & sedar akan cabaran &
godaan dalam pelbagai bentuk yang mengancam kehidupan seharian. Dalam tarbiyah
usran ini, pengisian ilmu yang diberikan berbentuk ingatan tentang bahaya yang
mengancam umat Islam. Antaranya cubaan orang kafir yang sedaya upaya
memusnahkan umat Islam
-
Membina
generasi pelajar & masyarakat yang berusaha menghidupkan tradisi ilmu di
dalam diri & mempunyai semangat persaingan yang tinggi dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan
-
Mengikhlaskan
diri kepada Allah S.W.T. demi untuk mencari keredhaannya, mengharapkan pahala
dan merasa gerun dengan siksaanNya. Di samping itu, membentuk ketaatan kepada
Allah dengan membetulkan niat kemudian di ikuti dengan amalan amalan sekalipun
tanpa arahan dari sesiapa
-
Memperkukuhkan
perasaan persaudaraan sesame ahli kumpulan serta memupuk semangat bertindak
secara berjamaah
TUJUAN
Melaksanakan
perintah Allah & menjaga hubungan manusia dengan Allah serta manusia sesama
manusia selain memastikan wujudnya usaha bantu membantu sesama ahli
-
Didik
anggota kumpulan atau masyarakat supaya timbul tanggungjawab terhadap Allah
S.W.T.
-
Hubung
kehidupan anggota kumpulan secara langsung & tidak langsung dengan Al Quran
& As Sunnah
-
Setiap
ahli Usrah hendaklah membetulkan niat & mengikhlaskan diri dalam menghadiri
usrah dengan tujuan mencari keredhaanNya, mengharap pahala & gerun dengan
siksaanNya. Hadis Rasulullah S.A.W. “Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab
r.a. katanya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya setiap
amalan dikira dengan niat. (Sahih
Bukhari)
-
Dapat
suburkan dakwah, meningkatkan ta’aruf & ta’awun dikalangan anggota usrah
supaya sifat saling tegur menegur dapat dilaksanakan untuk kebaikan &
kesejahteraan bersama
-
Bina
semangat kerja secara berjemaah dalam urusan kerohanian & kehidupan dunia
-
Bina
semangat sanggup berkorban untuk kepentingan jama’ah & harakah serta
mempertenguh semangat jihat
RUKUN
Taaruf (berkenal
kenalan)
Surah Al Imran
ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(agama Islam) & janganlah kamu bercerai berai”
Sabda Rasulullah
S.A.W. “Orang orang mukmin bagi mukmin itu umpama satu binaan yang menguatkan
sebahagian dengan sebahagian yang lain” (sahih Bukhari)
Tafaahum (saling
faham memahami)
Setiap ahli
kumpulan sentiasa memeriksa keimanan diri serta ketaqwaannya. Apabila merasakan
telah mampu untuk perkara tersebut maka nasihat menasihati jika terdapat
kepincangan di kalangan ahli usrah. Apabila salah seorang menegur ahli kumpulan
yang lain, dia perlu menerima teguran dengan hati yang terbuka serta mengucap
terima kasih kepada orang yang sudi menegur dan menasihatinya. Ia perlu
dilakukan dengan baik agar tidak menyinggung perasaan. Naqib & naqibah
berperanan penuh dalam membentuk persefahaman di kalangan ahli usrah.
Takaful
(perseimbangan)
Dasar memelihara
sesama sendiri supaya jangan ada orang lain (anggota usrah) yang terbiar &
terlantar. Bila ada salah seorang ahli kumpulan ditimpa bencana atau kesusahan,
anggota lain harus mengambil berat tentang hal ini & bersama sama
menyelesaikannya bagi mengekalkan perimbangan ini seperti bertanya khabar,
ziarah menziarahi serta sentiasa membuat kebajikan dengan tolong menolong
antara satu sama lain.
Jika setiap ahli
benar benar faham dalam kewajipan & kerja serta menunaikannya, di situ
terletaknya kejayaan usrah.
ADAB ADAB
-
Ikhlaskan
niat kepada Allah S.W.T. Tetapkan di dalam hati agar apa yang dilakukan untuk
mencapai keredhaan & mendapat pahala dariNya
-
Beri
Salam apabila memasuk rumah ahli usrah
-
Menanam
keazaman untuk mendapatkan ilmu
-
Dalam
melaksanakan perbincangan, ahli ahli perlu berbincang dengan suara yang rendah
serta tidak keterlaluan & menyentuh isu isu sensitif atau perkara perkara
yang boleh membawa kepada pertengkaran atau pembalahan
-
Hendaklah
menjauhkan diri dari ketawa & bergurau yang keterlaluan
-
Hendaklah
duduk beradab & tenang
-
Menepati
masa menghadiri usrah
Pengisian dari
segi kemampuan Naqib & naqibah
Untuk bina &
bentuk tarbiyah usrah yg seronok, kepimpinan para Nuqaba’ perlu diambil berat
-
Hayati
roh amal Islami
o
Setiap
naqib/naqibah beramal dengan tuntutan ibadah tambahan (solat sunat, tilawah Al
Quran, zikir Allah, zikir al-maut, puasa sunat, infaq fisabilillah &
sentiasa bermujahadah kepada Allah)
-
Ada
penguasaan terhadap ilmu
o
meningkatkan
ilmu & cintakan ilmu agar dapat menjiwai roh amal Islami yang dituntut oleh
Al Quran & As Sunnah
o
Tingkatkan
diri dalam menuntut ilmu dakwah (Al Quran, As Sunnah, fiqh (kemanusiaan,
harakah & pengurusan)
o
Mewujudkan
suasana ilmu, iman & amal di kalangan ahli usrah serta persiapkan diri
dengan iman dan ilmu supaya ahli ahli usrah mengagumi serta memberi dorongan ke
arah amal & buat ahli usrah sedar bertapa pentingnya menjayakan dakwah
& tarbiyah
-
Mampu
memimpin & mengurus kumpulan
o
Tingkatkan
kemahiran kepimpinan supaya dapat pengaruhi ahli usrah ke arah kehidupan
berjemaah (komunikasi/kolektif)
o
Bina komunikasi
berkesan antara ahli dalam melakukan sesuatu perkara
o
Mendisiplinkan
diri dengan masa, memastikan hadir pada waktu serta dapat menunjukkan
peningkatan diri serta kawalan terhadap prestasi perjalanan usrah serta program
tarbiyah lain